Sunday, March 27, 2011

8P Tip kebahagian rumahtangga

8P Tip kebahagian rumahtangga


1. P yang pertama ialah 
'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.


2. P kedua ialah 
'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.


3. P ketiga ialah 
'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.


4. P keempat ialah 
'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.


5. P kelima mewakili 
'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.


6. P keenam membawa maksud 
'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.


7. P ketujuh adalah 
'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.


8. P yang terakhir ialah 
'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ust. Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong."Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," katanya.







Wednesday, March 16, 2011

Ice room.. yummy!!

Minggu lepas, kami pi Pusat Homeopathy Hasan kat Kompleks PKNS, Bangi bawak si kecik Auni ni sebab dia kena balik batuk yg teruk + kahak tu.. Cian Auni.. Ops nnt kena wat entri pasal Pusat Homeopathy ni la... Lpas blik dr situ, on da way blik tu nmpak la ice room kat tepi jalan tu.. so kami pun ape lagi.. mama tergedik2 nk mkn aiskrim.. so pi la singgah mkn sini... nyum nyum.. kalau korang nk tau Papa Auni ni giler aiskrim tau.. Hari2 kena ada stok aiskrim dalam icebox.. kekekek (pecah rahsia En.papa)... Mintak-mintak dia xbace.. :P
K la.. ni la pic2 yg sempat kami snap kat sini.. tp aiskrim dia mmg sedap.. yummmy!! i'm love it... 

kat sini le kami mkn....

Auni wat muke pelik, 
(mesti dalam ati dia ckp, mama ni nk mkn pun poyo ) muahaha..

Auni dh start boring dok lama2 tu yg wat muke pelik2..
bukan boleh org mkn xlayan dia.. sibuk je dia.. Pastu papa umpan dia tgk Barney kat henpon..
pasang lagu barney... 

i love you
you love me
we're a happy family
with a great big hug and a kiss from me to you
wont you say you love me too!

i love you
you love me
we're best friends as friends should be
with a great big hug and a kiss from me to you
wont you say you love me too! 

Diam terus.. hihik 


Sekian citer ice-cream ku.. wink wink...

Monday, March 14, 2011

penantian yg sudah berakhir... yuhuuu....shupping lagik...

Akhirnya yg dinanti sudah tiba.... dulu online k m'sia je kini kt US lak... kekek poyos jer... termimpi2 la kami setiap hari tau...tunggu bile la nk sampai... sampai laki aku pun ckap dulu order online kat blog2 dlm Malaysia jer.. sekarang dh pandai online oversea plak... US lak tu.. kikik.. sabo je la aku.. asik kena bahan jer.. mcm2 halangan n dugaan tau, smpai 1 box sangkut kat Pak Kastam, 2 box lagi alhamdulillah lepas... Berpeluh gak la tunggu.. Rambang mata tau.. tgk sume murah2 n cantik2 u. Antara kwn2 aku yg sama meroyan shupping reramai ni termasuklah cira, aida, n share terbesar of course Farah si ibu mengandung ni... kitorang sbnarnye ngeri gak nk tau shipping cost dia.. sakit gak la perut tgk shipping cost je ratus2 la gak... huhu..
tapi mmg berbaloi-baloi. sumer sgt puas ati, cantik n yang paling best murah, even dh msuk shipping cost dr US pun.. harga sgt reasonable.. n yang penting baju2 ori hokey.. bukan lagi Carters/ GAP/ Old Navy china tau... kekekek   ( dulu beli ni jer ).. Skrg pun kdg2 beli gak.. Muahaha...

ni la antara hasil meroyan kami, baju bajan ni sumer Auni punyer.. mama xdapat ape tau.. uwaa...
xpe sayang anak kan... mama later2 la.. Plan nk shupping secara berjemaah untuk raya nnt.. Ni tgh process kumpul duit dolu.. hihik...

beso kan baju ni??? kekekek

ni baju Auni..

ni ada Auni punyer, ada hakak2 lain punyer..

yg ni campur2 sblum diasing2 kan...

yg ni confirm sumer Auni punyer.... hihik (mama kan poyo) sumer nk letak...
ni ni baju feveret mama (Carters tau) murah jer.. dpt 3pcs lak tu..

ni ha.... Auni dh pkai pi MATTA Fair aritu..

lagi.........
yg ni pun suker gak... comei sgt2.. walaupun dot dot dot.......

ni suke gak.. dr kohl.. (suar n baju asing2)

ni old navy nye shirt..santekk tau.. tp Auni xmuat lagik.. kena sabo sket ye mama..


ni 2pcs ni dr The Children Place... baju n kain cantik sgt..
dh boleh paki skrg.. TP pic xsantek sbb amik guna phone... haha

dress ni Auni leh buat selimut tau.. beso lak.. Order size 12month tp kak dar silap lak..
tp xpe.. leh simpan.. :)


yang ni sumer kami shupping kat :

Kami shupping time ada sale jer.... NI pun berli mase valentine day sale, President day sale..
So sgt berbaloi2... Kalau tgk kat butik sini pun.. xmurah camtu tau...
k la... later2 kite shupping lagik... Chow...




Botol susu bayi Polikarbonat Bisphenola diharamkan mulai 1 Mac 2012

mummy2, daddy2, Ibu2...Ayah2... mama2, papa2 semua... pls take note ye!!
Berita kat Buletin Utama mlm tadi, Menteri Kesihatan dah umumkan pengharaman botol susu bayi polikarbonat kerana mengandungi bahan kimia 'Bisphenol A' (BPA) yg boleh mengganggu fungsi hormon dan saraf bermula 1 Mac 2012. 

Sebenarnya fungsi bahan kimia ini diguna utk botol lebih keras dan nampak lutsinar. Yang bahayanya Bisphenol A ni senang terurai pada suhu tinggi atau tercalar pada permukaan botol.
Kerajaan pun satu, dah tahu dah PC tu bahaya haramkan la awal2. Ni nak tunggu ramai negara haramkan baru nak ikut.

Kod-kod Plastik Yang Perlu Anda Tahu

1 | PET –> PolyEthylene Terephthalate
*) hanya untuk sekali pakai. tidak tahan panas.
*) panas -> melelehkan polimer -> zat karsinogenik -> penggalak cancer
*) botol plastik jernih/transparan untuk botol jus, air mineral

2 | HDPE –> High Density PolyEthylene
*) hanya untuk sekali pakai
*) lebih tahan terhadap panas dibandingkan dengan PET -> karsinogenik
*) kuat, keras, tahan suhu tinggi, contoh : botol susu, bekas air minum, tupperware

3 | V –> PolyVinyl Chloride
*) hanya untuk sekali pakai. tidak tahan panas
*) mengandung DEHA -> terurai pada 150°C -> langsung bereaksi dengan makanan yang dikemas -> berbahaya bagi ginjal dan hati
*) digunakan sebagai plastik pembungkus (cling wrap)

4 | LDPE –> Low Density PolyEthylene
*) dapat dipakai ulang. tahan panas
*) sukar berinteraksi dengan makanan
*) kuat, agak tembus cahaya, fleksibel, permukaan agak berlemak. banyak dipakai sebagai tempat makanan dan botol-botol yang lembut

5 | PP –> PolyPropylene
*) dapat dipakai ulang. tahan panas
*) botol transparent tp tidak jernih (berkabut), kuat, ringan, stabil suhu tinggi. banyak dipakai untuk botol susu bayi

6 | PS –> PolyStyrene
*) nama populer = styrofoam
*) hanya sekali pakai. tidak tahan panas.
*) mengganggu hormon estrogen dan bagi perkembangan saraf

7 | OTHER –> styrene acrylonitrile (SAN), acrylonitrile butadiene styrene (ABS), polycarbonate (PC)
*) SAN : resisten suhu tinggi, resisten pada banyak reaksi kimia, kuat. Biasanya digunakan pada mangkuk mixer, pinggan, alatan makan, pembungkus termos, berus gigi.
*) ABS : resisten suhu tinggi, resisten pada banyak reaksi kimia, kuat. Biasanya digunakan untuk paip.
*) PC -> dipanaskan -> pelepasan Bisphenol-A -> merosak sistem hormon, penurunan produksi sperma, mengubah fungsi imunitasi. Banyak digunakan pada botol susu bayi, bekas makanan dan minuman.

lambang

Info MOH: Panduan Penggunaan Botol Susu Bayi Polikarbonat

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:

1. Nombor 7 - 
2. Nombor 7 dan PC - 
3. Nombor 7 dan ‘other’ - 

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.


2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.

3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.

4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

info lain yg perlu dikongsi bersama......

sumber rujukan: moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my.

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi ''Bisphenol A'' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat digunakan golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.

"Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.
Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. - Bernama

Wednesday, March 9, 2011

PhotoGediks Contest....

PhotoGediks Contest.... http://mumlittlemonster.blogspot.com


ni dia pic Auni yg dipertaruhkan.. Xtau la gediks ke x? 
Pic ni amik kat baby Room JJ Mid Valley jer.. Tg nk BreastFeed Si Auni ni... Tp dia xmo, memain jer..siap buat muke lagi tau.. ingt cantik agaknyer..kikik.. (tp mmg comel pun) pastu xmo kuar dr baby coat ni.. huhu

  • mesti menjadi follower kepada mumlittlemonster.blogspot.com.. -Ok DONE!
  • Buat entry tuk contest n upload banner di atas then link kan semula ke cni..- Ok tgh buat ni...
  • sekeping gambar sahaja yang diwajibkan tau!! - Ok Boss! :)
  • cerita serba ringkas ttg photo yang menjadi pilihan..  -ok
  • Tag kan kepada 3 rakan anda yang tau ttg contest ni..
nak tag :
  • ..Contest berakhir sehingga 15 Mac 2011.. (sempat lagi ni.. arini 10 /Mac/ 2011)

harap2 penyertaan ni di diterima.. tak menang pun xpe, just nk memeriahkan contest ni jer...
OK..

gediks lak nk masuk contest.....

sebelum ni kite xpernah pun nak try or teringin nk masuk contest yg blogger2 buat ni.. tp ari ni nape tah... tetibe tingin masuk contest.... ke sbb xde keje kot... kekekek.. ni versi mama auni yang dh start nk menggedik. kui kui kui....
byk sgt contest yang ada.. tp nk try 1 dulu la.. contest fotogedik... wokey.. nk pi korek2 pic Auni yg gediks ni.. rase cam byk.. tp tah maner la sepah2 dah gmbo si kenit ni...

yeay nk masuk contest!!!!! mama Auni nk carik gmbo......

Tuesday, March 8, 2011

Anak mama dh 11month la...

Arini 11 Mac 2011, tp kalo taun lepas date ni perut aku dah sarat giler... lg 1month to deliver bby dlm perut... tapi taun ni rase cam kejap jer kan.. dh 11 bulan si comel lote mama ni... Sape lagi.. Auni ler... kikikik.. Sbnarnye xde modal nk update belog yg dah bersarang ni.. tp tetibe tingat arini Auni dh 11 month.. so topic dia 11month dh anak mama ni... kekekekek.. Sukati aku je... lantak la asal berupdate... muahahaha.... belog aku.. so aku pun syok sendirik la... :p
Kejap je masa berlalu, ni dh 11 month, pastu setaun, pastu 2 taun, 3 taun.. lama2 dh anak dara dah anak aku sorang ni... kekekek (versi berangan sendirik).....
Next monh dh setaun.. camner ek? plan nk wat besday party utk Auni.. (even dia xtau ape2 lagi pun) kekek.. tp xtau lagi camner.. kena tgk balik jadual.. kalo xbz insyaallah la.. pun kena tgk jadual papa jugak... k la.. nnt update lagik.. ok la adios amigos...